Setiap muslim hanya akan diampuni dengan melakukan taubat nasuha, sekali gus setiap Muslim bertanggungjawab mengetahui perkara yang dikategorikan sebagai dosa besar. Imam al-Zahabi dalam kitab al-Kaba’ir ( الْكَبَائِرُ ) menyenaraikan lebih 70 perkara sebagai dosa besar. Justeru, tiada istilah kita melakukan maksiat dengan alasan tidak tahu.
Monday, 5 June 2023
Taubat Nasuha [ تَوْبَةً نَصُوحًا ]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang sesungguh2nya dan semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".
Bertaubatlah dan pastikan memenuhi 4 Syarat Taubat agar diterima Allah - [ 1 ] - Menyesal akan segala dosa yang telah dilakukan. Sebagaimana hadis daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahuanhu bahawa Rasullullah SAW bersabda:“Menyesali (dosa) itu adalah taubat.” (Riwayat Ahmad). [ 2 ] - Berazam untuk tidak mengulangi lagi akan dosa tersebut. [ 3 ] - Meninggalkan semua dosa dan maksiat selama-lamanya. [ 4 ] - Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Tahrim ayat 8:“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” Jika berdosa dgn manusia ditambah satu syarat lagi iaitu - [ 5 ] - sekiranya dosa yang dilakukan adalah dosa sesama manusia maka hendaklah terlebih dahulu memohon ampun dan maaf serta memulangkan segala yang diambil tanpa kebenaran sekiranya berkaitan.
Bertaubatlah Sebelum Terlambat [ ٍSurah an-Nur : 31 ]
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا
Subscribe to:
Posts (Atom)
Wajib tahu Dosa2 Besar Utk Dihindari
Setiap muslim hanya akan diampuni dengan melakukan taubat nasuha, sekali gus setiap Muslim bertanggungjawab mengetahui perkara yang dikatego...