Monday, 5 June 2023

Wajib tahu Dosa2 Besar Utk Dihindari

Setiap muslim hanya akan diampuni dengan melakukan taubat nasuha, sekali gus setiap Muslim bertanggungjawab mengetahui perkara yang dikategorikan sebagai dosa besar. Imam al-Zahabi dalam kitab al-Kaba’ir ( الْكَبَائِرُ ) menyenaraikan lebih 70 perkara sebagai dosa besar. Justeru, tiada istilah kita melakukan maksiat dengan alasan tidak tahu.

Taubat Nasuha [ تَوْبَةً نَصُوحًا ]

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang sesungguh2nya dan semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Bertaubatlah dan pastikan memenuhi 4 Syarat Taubat agar diterima Allah - 1 ] -  Menyesal akan segala dosa yang telah dilakukan. Sebagaimana hadis daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahuanhu bahawa Rasullullah SAW bersabda:“Menyesali (dosa) itu adalah taubat.” (Riwayat Ahmad). 2 ] - Berazam untuk tidak mengulangi lagi akan dosa tersebut. 3 ] -  Meninggalkan semua dosa dan maksiat selama-lamanya. 4 ] - Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Tahrim ayat 8:“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.”  Jika berdosa dgn manusia ditambah satu syarat lagi iaitu - [ 5 ]sekiranya dosa yang dilakukan adalah dosa sesama manusia maka hendaklah terlebih dahulu memohon ampun dan maaf serta memulangkan segala yang diambil tanpa kebenaran sekiranya berkaitan.

Bertaubatlah Sebelum Terlambat [ ٍSurah an-Nur : 31 ]

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Setiap Insan tak terlepas dari silap & salah / melakukan dosa .  
Hakikatnya, Setiap insan memang tidak lepas daripada kesilapan dan dosa, tetapi persoalannya sejauh mana kita berusaha menghindarinya dan bertekad untuk bertaubat serta tidak mengulangi semula.  Jgn Sambil Lewa / tangguh Dlm Hal taubat  Ada dalam kalangan umat Islam yang bersikap sambil lewa dalam hal ini, malah ada yang menyedari dosa yang dilakukan, tetapi masih menangguhkan hasrat untuk bertaubat dengan memberikan pelbagai alasan, sedangkan dosa dan maksiat yang dilakukan itu tidak akan memberi apa-apa ketenangan yang hakiki ke dalam jiwa pelakunya. Orang yang melakukan maksiat dan derhaka hatinya sentiasa tidak tenang. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Wabishah bin Ma’bad Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Kebaikan adalah apa yang mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati, meskipun orang memberi fatwa membenarkanmu.” (Riwayat Ahmad).  Tidak Tenang & dan hati dipenuhi titik-titik hitam  Hadis tadi mengingatkan kita bahawa maksiat atau dosa yang dilakukan jika tidak dibasuh dengan taubat, akan meninggalkan kesan ketidaktenangan dalam hati, bahkan menyebabkan hati dipenuhi dengan titik-titik hitam sekiranya tidak segera bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT. Inilah bencana besar yang akan menimpa dirinya sehingga jika seluruh hati diselaputi karat dosa kerana pada waktu itu, hati tidak lagi menerima limpahan nur dari Allah SWT. Hadis daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya seseorang mukmin itu apabila melakukan satu dosa, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila dia meninggalkannya dan istighfar serta bertaubat, hatinya dibersihkan.” (Riwayat Ibnu Majah).  Dosa Terbahagi 2 Kecil & Besar Perlu diketahui bahawa perbuatan dosa terbahagi kepada dua, iaitu dosa kecil dan besar. Dosa kecil akan diampuni oleh Allah dengan segala amal kebaikan yang dilaksanakan seperti solat fardu, membaca al-Quran dan beristighfar. Dosa Besar Terampun Dgn Taubat Nasuha  Sedangkan bagi dosa besar, ia tidak akan diampuni Allah kecualilah dengan melakukan taubat yang bersungguh-sungguh dengan penuh penyesalan dan azam tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa tersebut. Inilah yang dinamakan sebagai taubat nasuha. Wajib Mengetahui Dosa2 Besar supaya Dijauhi  Oleh itu setiap muslim hanya akan diampuni dengan melakukan taubat nasuha, sekali gus setiap Muslim bertanggungjawab mengetahui perkara yang dikategorikan sebagai dosa besar. Imam al-Zahabi dalam kitab al-Kaba’ir ( الكبائر ) menyenaraikan lebih 70 perkara sebagai dosa besar. Justeru, tiada istilah kita melakukan maksiat dengan alasan tidak tahu. Setiap umat Islam perlu sedar akan setiap dosa dilakukan kerana apabila seseorang itu sedar bahawa perbuatannya itu adalah dosa, maka ia akan membawa kepada penyesalan dan seterusnya akan memohon taubat kepada Allah SWT.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا

Wajib tahu Dosa2 Besar Utk Dihindari

Setiap muslim hanya akan diampuni dengan melakukan taubat nasuha, sekali gus setiap Muslim bertanggungjawab mengetahui perkara yang dikatego...